Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: SINDIKET LOMBONG BITCOIN HARAM LICIK, BANYAK HELAH


Petaling Jaya, 11 Mac 2022 - Sindiket perlombongan bitcoin semakin licik apabila mencari pelbagai helah bagi mengaburi mata pihak berkuasa supaya kegiatan dilakukan mereka tidak dikesan.

Antara helah adalah menggunakan data dan maklumat kad pengenalan orang lain utuk mendaftar meter elektrik dengan Tenaga Nasional Berhad bagi melakukan aktiviti melombong bitcoin.

Tidak cukup dengan itu, ada sebahagian sindiket sanggup tinggal di kawasan-kawasan perindustrian yang terpencil untuk mencuri bekalan elektrik bagi memastikan mesin perlombongan digital dapat beroperasi 24 jam tanpa menanggung beban kos membayar bil.

Berkongsi dengan Utusan Malaysia, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato’ Sri Abd Jalil Hassan berkata, kegiatan sindiket-sindiket itu menyebabkan syarikat pembekal tenaga menanggung kerugian berjumlah jutaan ringgit setiap tahun.
Kata beliau, perkara itu dapat dilihat apabila sebanyak 799 kertas siasatan dibuka Polis Diraja Malaysia di seluruh negara sejak 2020 sehingga Februari lalu dengan nilai rampasan RM69.8 juta.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.

May be an image of text that says 'Polis buka 799 kertas siasatan babit rampasan RM69.8 juta Sindiket lombong bitcoin haram licik, banyak helah lehMASZUREENHADZMANd PETALING JAYA: Sindiket per- mata dilakukan mereka tidak gunakan orang lain dengan melombon aktiviti sanggup perindustrian mencuri bekalan elektrik digital' ANTARA Berkongsi Malaysia, Siasatan Jenayah nenjalankan kegiatan perlombongan Utusan berkata, sehingga RM69.8 dengan elektrik bulan pertama digi- dibuka adalah namun aktiviti berjumlah beliau, 209 babitkan pat kertas siasatan Malaysia sebanyak sebanyak dalam tempoh individu ditemui kecurian elektrik bagi melombong Seksyen Elektrik PDRM serbuan 37 Akta Bekalan jalankan serbuan yang'


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS