Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: OP HORMAT UNDANG-UNDANG 2 BERMULA JUMAAT INI

Kuala Lumpur, 14 September 2023 - Polis Kuala Lumpur akan melaksanakan Operasi Hormat Undang-Undang Fasa 2 bermula 15 hingga 29 September ini di 16 lokasi di sekitar ibu kota.

Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato’ Allaudeen Abdul Majid berkata, operasi penguatkuasaan yang lebih tegas itu akan memfokuskan tujuh jenis operasi iaitu Op Parkir Haram, Op Halangan, Op Lampu Merah, Op Nombor Pendattaran, Op Cermin Gelap, Op Motosikal dan Op Didik.

"Sebanyak 16 lokasi menjadi tumpuan lokasi berkenaan, ini termasuk Persimpangan Jalan Tun Razak, Persimpangan Jalan Tuanku Abdul Rahman, Persimpangan Jalan Raja Laut dan Persimpangan Jalan Sultan Ismail,” katanya pada sidang akhbar di Jalan Tun Tan Cheng Lock, di sini pada Rabu.

Beliau berkata, pelaksanaan operasi turut dijalankan pada waktu puncak.

"Pada operasi lalu, kita dapat melihat kesan positif terutama membabitkan kepatuhan orang ramai terhadap peraturan jalan raya,” kata beliau.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian di lampiran.

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS