Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: PDRM PANTAU KETAT KAWASAN SEMPADAN MALAYSIA-THAILAND

Sepang, 15 April 2024 - Polis Perlis menggerakkan anggotanya untuk memantau sekitar kawasan sempadan Malaysia-Thailand dalam memastikan suspek kes tembakan di balai ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang tidak bolos ke negara jiran.
Ketua Polis Perlis, DCP Dato' Muhammad Abdul Halim berkata, perkara itu dalam perhatian polis dan pihaknya sudah mengkoordinasikan pemantauan terutama di kawasan sempadan negara.
Katanya, pihaknya turut menambah keanggotaan kawalan terutama di kawasan yang sering menjadi ‘laluan tikus'' untuk bolos ke negara jiran.
“Setakat ini, tiada individu yang mencurigakan dikesan di negeri ini namun kawalan sempadan masih tetap dilaksanakan seperti biasa.
“Kita turut menambahkan elemen kawalan termasuk risikan kita di sempadan bagi memastikan suspek tidak terlepas ke negara jiran, ”katanya ketika dihubungi, semalam.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS