Kuala Lumpur, 22 April 2024 - Negara memerlukan satu peraturan atau undang-undang khusus bagi mengawal selia teknologi kecerdasan buatan (AI) berikutan kewujudan pelbagai ancaman akibat salah guna cabang teknologi itu seperti “deepfake”.
Pengarah
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato’ Sri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata isu “deepfake” yang disalah guna sebagai alat jenayah dan memanipulasi konten digital untuk tujuan jahat sudah menjadi isu global dan semua pihak berusaha mencari kaedah terbaik menangani isu itu.
Katanya, kecanggihan teknologi AI yang semakin pesat mutakhir ini melahirkan media sintetik seperti “deepfake” dan perkara itu jelas mengundang masalah apabila ia disalah guna untuk tujuan jahat.
“Sememangnya ada keperluan penggubalan undang-undang khusus untuk mengawal selia teknologi AI kerana yang sedia ada tidak memadai.
“Dalam menangani landskap baharu terutama era AI, sudah tentu undang-undang sedia ada tidak memadai,” katanya kepada Berita Harian semalam.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan
Berita Harian seperti di lampiran.