Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

#BeSmartStayAlert #LetsFightScammerTogether [KERATAN AKHBAR PILIHAN] SCAM ALERT: "SCAMMER" KAWAL KOMPUTER MANGSA DARI JAUH

Shah Alam, 25 Mei 2024 - Polis Malaysia bimbang taktik baharu penipuan "scammer" yang mampu mengakses dan mengawal peralatan digital mangsa dari jauh sebelum mencuri maklumat perbankan akan merebak di negara ini susulan kes seperti itu telah berlaku di Singapura.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, melalui perkongsian maklumat dengan pihak polis Singapura, JSJK telah dimaklumkan berkenaan kewujudan teknik baharu itu yang berisiko mengakibatkan kerugian besar wang ringgit.

“Menerusi taktik ini, mangsa akan menerima "pop-ups" mesej melalui komputer atau laptop yang mengandungi amaran bahawa komputer mangsa telah digodam.

"Mangsa kemudiannya diarahkan untuk segera menghubungi pasukan sokongan teknikal melalui nombor teleton yang disertakan bersama mesej tersebut.

"Apabila mangsa menghubungi nombor sebagaimana diarahkan, penjenayah yang menyamar sebagai kakitangan sokongan Microsott atau Apple akan memaklumkan bahawa peralatan digital mangsa telah digodam dan digunakan untuk melakukan aktiviti haram," katanya.

Menurut beliau, mangsa kemudian diarahkan memuat turun perisian tertentu bagi membolehkan pihak mereka mengawal peralatan digital mangsa secara "remote" kononnya bagi mengekang aktiviti penggodam.

Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

May be an image of text that says 'Taktik baharu penipuan dikesan Singapura dikhuatiri erebak Malaysia MUHAMMADA AMINURALIF MOHO SHAH ALAM ρυ Scammer kawal komputer mangsa dari jauh yura paralatan peratian sebegini yang dlaporkan eanya 219 kerjasama polia bersama dan (BNM). dang neng- RAMLI taknologi, Peibagai asl NSAC belau. amNageri Negen 영은 meng-'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS