Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: 2,552 AKAUN MEDIA SOSIAL SEBAR KEGANASAN DIPANTAU

Johor Bahru, 26 Mei 2024 - Sebanyak 2,552 akaun media sosial pengguna negara ini, dikesan membawa mesej keganasan dan berada dalam radar pemantauan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pemantauan PDRM sejak 2020 mendedahkan, antara elemen keganasan di media sosial yang dikesan termasuk hasutan, ugutan, tohmahan kebencian terhadap institusi termasuk diraja, agama dan kaum.

Elemen propaganda keganasan itu boleh mengganggu gugat ketenteraman awam, sekali gus berpotensi mewujudkan perasaan tidak puas hati, kebencian melampau dan mendorong kepada perbuatan merisikokan keselamatan awam.

Selain itu, menyalahgunakan ayat al-Quran dan hadis bagi mengancam masyarakat yang tidak sealiran demi menghalalkan kekacauan dilakukan, juga antara elemen keganasan dikesan dalam media sosial negara ini.
Pegawai Perancangan dan Kajian Strategik Bahagian E8 Cawangan Khas Bukit Aman, ACP Ridzuan Abdul Aziz, berkata kebanyakan akaun media sosial yang dipantau itu membabitkan akaun Facebook dan Instagram.

Beliau berkata, Cawangan Khas PDRM ditugaskan memantau semua akaun media sosial, termasuk laman sesawang yang cuba membawa mesej keganasan di negara ini, yang mungkin mampu menimbulkan risiko keselamatan.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Berita Harian
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS