Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

#BeSmartStayAlert #LetsFightScammerTogether ARTIKEL PILIHAN: 372 SYARIKAT DALAM SENARAI SEMAK MULE, DALANGI PENIPUAN PELABURAN, KELDAI AKAUN

Kuala Lumpur, 3 Ogos 2024 - Kegiatan penipuan pelaburan oleh sindiket bertopengkan syarikat perniagaan termasuk mengguna akaun bank syarikat sebagai keldai akaun menunjukkan trend peningkatan dua tahun kebelakangan ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil(JSJK), CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata setakat 31 Julai lalu, sebanyak 372 nama syarikat yang disyaki terbabit penipuan pelaburan didaftarkan di dalam portal Semak Mule.

Katanya, sejak 2022 hingga 31 Julai tahun ini, sebanyak 392 kertas siasatan dibuka JSJK berkaitan penipuan pelaburan oleh syarikat membabitkan kerugian lebih RM135.5 juta.

"Pada 2022, 100 kertas siasatan dibuka dengan kerugian RM22.7 juta dan pada 2023, 192 kertas siasatan dibuka dengan kerugian RM69.5 juta, manakala tahun ini sehingga 31 Julai lalu, 100 kertas siasatan dibuka dengan kerugian RM43.2 juta," katanya kepada BH, hari ini.

Katanya, kemudahan Semak Mule ditambah baik sejak awal tahun ini yang mana orang ramai bukan sahaja boleh menyemak nombor telefon 'scammer' dan akaun bank keldai, malah nama syarikat keldai akaun dan syarikat terbabit penipuan pelaburan.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../372-syarikat-dalam-senarai...

Sumber: Berita Harian

372 syarikat dalam senarai Semak Mule, dalangi penipuan pelaburan, keldai akaun - Polis | Berita Harian
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS