Kuala Lumpur, 3 Ogos 2024 - Polis Diraja Malaysia mengesahkan tidak menerima sebarang laporan berkaitan kes jenayah komersial membabitkan syarikat pelaburan XFOX Market Sdn. Bhd.
Pengarah
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, siasatan terhadap syarikat itu dijalankan sepenuhnya oleh Bank Negara Malaysia (BNM).
“Semakan mendapati sejak XFOX ditubuhkan pada 2021 sehingga kini, tiada mangsa yang membuat laporan polis berhubung kes penipuan pelaburan tidak wujud membabitkan syarikat tersebut.
“Syarikat itu kini dalam siasatan BNM berhubung kesalahan mengambil deposit secara haram mengikut Seksyen 137 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013," katanya ketika dihubungi semalam.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.