Butterworth, 8 Ogos 2024 - Sekumpulan penunggang motosikal dikesan menunggang secara melawan arus di Lebuh Raya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) di Bagan Ajam, di sini bagi mengelak pemeriksaan polis.
Video yang tular kelmarin mendapati lorong kanan dan kiri lebuh raya berkenaan dipenuhi dengan penunggang motosikal hingga mengundang bahaya kepada pengguna lain.
Tindakan berbahaya terbabit dilakukan dipercayai bagi mengelak diri daripada diperiksa polis yang mengadakan Op Samseng Jalanan.
Ketua Polis Daerah
Seberang Perai Utara, ACP Anuar Abdul Rahman, berkata siasatan mendapati ia berlaku ketika operasi kira-kira jam 7 malam pada Ahad lalu.
“Penunggang motosikal didapati menunggang secara bahaya dengan melawan arus di kawasan BORR di Bagan Ajam dari arah Plaza Tol ke Pangkalan Kontena Butterworth Utara.
“la bagi mengelak ditahan polis yang mengadakan operasi membanteras kegiatan samseng jalanan pada ketika itu,” katanya, di sini semalam.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan
Berita Harian seperti di lampiran.