Pontian, 9 Ogos 2024 – “Saya hampir terbunuh. Mujur saya sempat mencapai pistol dan membunuh pengganas komunis tersebut, namun badan saya ditembusi dua butir peluru yang ditembak oleh komunis itu."
Demikian cerita pesara polis, Lans Koperal Samin Parlan, 84, apabila nyawanya hampir melayang selepas bertempur dengan komunis ketika menyertai operasi khas di Pasir Panji, Ipoh, Perak kira-kira 48 tahun lalu.
Menurut bekas anggota polis Pasukan Simpanan Persekutuan itu, meskipun insiden mencemaskan itu sudah berlalu hampir lima dekad namun kenangan pahit itu masih utuh dalam ingatannya.
“Badan saya ditembusi dua butir peluru yang ditembak oleh komunis itu.
"Seorang pegawai dari Cawangan Khas, Inspektor Mohd. Zin terbunuh ketika bergelut dengan pengganas komunis dalam operasi khas tersebut pada 25 Ogos 1976,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kayu Ara Pasong, di sini baru-baru ini.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.