Kuala Lumpur, 9 Ogos 2024 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyiasat semua kilang sampah elektronik yang beroperasi secara haram di seluruh negara.
la akan dilaksanakan oleh Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA), Urus Setia KPN Bukit Aman secara berperingkat bagi mengenal pasti mereka yang menjalankan aktiviti ini tanpa kebenaran.
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, kewujudan kilang haram yang melupuskan barangan elektronik secara tidak sah hingga menyebabkan pencemaran bau dan bunyi serta mengganggu masyarakat setempat diberi perhatian serius.
“Pasukan AMLA PDRM diketuai CP Dato' Muhammed Hasbullah Ali mengambil tindakan secara berperingkat di seluruh negara merangkumi sitaan, rampasan dan penahanan individu untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan
Berita Harian seperti di lampiran.