Kuala Lumpur, 9 Ogos 2024 – Kira-kira 12 penunggang motosikal maut setiap hari sekali gus menjadi penyumbang terbesar kepada angka kematian nahas jalan raya iaitu 75 peratus sepanjang tahun lalu.
Pengarah
Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, CP Dato' Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri berkata, angka itu dari dahulu hingga sekarang membimbangkan dan pihaknya percaya peningkatan
tersebut mungkin disebabkan penambahan jumlah penunggang dan pembonceng motosikal.
“Statistik pada 2023 menyaksikan, hampir 600,000 kes kemalangan dicatatkan dan secara purata sebanyak 1,644 kes sehari melibatkan 17 kemalangan maut serta 18 kematian dengan 12 orang adalah penunggang motosikal.
“Banyak faktor kemalangan jalan raya melibatkan motosikal berlaku. Antaranya menunggang secara berbahaya, melulu dan terbabas, keadaan jalan serta kemalangan dengan kenderaan lain,” katanya kepada Utusan Malaysia kelmarin.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.