Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: MEMANDU DI BAWAH PENGARUH ALKOHOL, DADAH, 21 ORANG DREBAR DIBERKAS

Kuala Lumpur, 12 Ogos 2024 - Sebanyak 967 saman dikeluarkan terhadap pengguna jalan raya yang melakukan pelbagai kesalahan lalu lintas dalam operasi bersepadu di lima lokasi sekitar ibu negara yang bermula jam 11 pagi kelmarin hingga 5 pagi semalam.

Operasi yang disertai 213 pegawai anggota dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Pengangkutan Jalan Wilayah Persekutuan itu dilaksanakan di Jalan Bangsar, Jalan Sultan Azlan Shah menghala Chow Kit dan Sentul serta Jalan Tun Razak menghala Ampang dan Bulatan Pahang.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, DCP Dato’ Azry Akmar Dato’ Hj. Ayob berkata, 2,397 kenderaan diperiksa dalam operasi yang memberi tumpuan kepada motosikal yang melakukan pengubahsuaian kenderaan sehingga menyebabkan gangguan bunyi serta mencegah samseng jalanan.

“Kita menjalankan operasi setiap minggu sekitar pusat bandar raya tetapi mendapati masih ada juga aduan daripada orang awam mengenai terdapat gangguan daripada segi bunyi dan membahayakan pengguna jalan raya lain.

“Saman dikeluarkan terhadap pemilik motosikal ini kerana gagal mematuhi had pelepasan maksimum bunyi bising yang dibenarkan,” katanya pada operasi bersepadu yang dijalankan di Jalan Tun Razak di sini, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of 7 people, scooter, motorcycle and text that says 'そ POLI ANGGOTA Jabatan Siasatan dan Penguatkuasan Tralik Kuala nelakukan pemeriksaan ksaan terhadap enungagng motosikal. Akmar diubah dalam kanan) melihar Alam melakukan Jabatan Siasatan Penguatkuasan motosikal KualaLi smpur Jalan Razak. Kuala MEMANDU DI BAWAH PENGARUH ALKOHOL, DADAH 21 drebar diberkas Kuala Lumpur Siasatan Timbalan Ketua Polis samseng jalanan. ebanvak 967 saman PEGAWAI สกนนูนยงไล apprasi Akmar ergensdi Siasatan enguarka setiap sekitar ช melakukan aduan Chow] memiliki disertai pegawai anggota dari tazak nyebabkan Ampang latan Pahang guan erbabit ditahan kerana memandu bawah pengaruh dan terbabit dadah menoe- indi- hingga jalan raya dikesan bawah engarun ada terbabit dengan da-'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS