Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

[KERATAN AKHBAR PILIHAN] OBK: TERUJA BERTUKAR NESTAPA, SERAMAI 22 INDIVIDU DICEKUP BERSAMA 40 BURUNG MURAI BATU DI PERTANDINGAN KICAUAN BURUNG

Kuala Lumpur, 14 Ogos 2024 - Keterujaan sekumpulan peminat kicauan burung berkumpul bagi menyertai pertandingan suara burung paling ‘lunak' bertukar kejutan apabila mereka diserbu sepasukan pegawai Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) dan Pasukan Gerakan Am, Polis Diraja Malaysia.
Jurucakap PERHILITAN berkata, operasi bersepadu itu diadakan di Rawang, Selangor, kelmarin, hasil maklumat diperolehi berhubung aktiviti itu.
Menurutnya, seramai 22 individu yang disyaki sebagai pemilik burung murai batu ditahan.
“Serbuan dilakukan pegawai Unit Jenayah Hidupan Liar atau Wildlife Crime Unit itu berjaya menyita 40 ekor burung murai batu.
“Anggaran nilai burung murai batu yang disita sekitar RM1.2 juta. Ketika serbuan dilakukan, ada beberapa individu cuba melarikan diri namun berjaya diberkas anggota operasi,” katanya.
“Kes disiasat mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716),” katanya.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS