Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: PENJAWAT AWAM PERLU PENUHI HASRAT RAKYAT BERI KHIDMAT TERBAIK

Putrajaya, 17 Ogos 2024 - Pelarasan gaji baharu yang diumumkan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim diberikan bersama dengan tanggungjawab kepada penjawat awam.

Ketua Setiausaha Negara, Dato' Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, penjawat awam perlu memenuhi harapan orang ramai dengan memberikan perkhidmatan terbaik.

‘Ini adalah satu penghormatan dan pengiktirafan tertinggi kepada penjawat awam, tetapi penghormatan itu ia datang dengan pengorbanan penjawat awam.

“Penjawat awam perlu memenuhi jangkaan orang ramai, tiada laluan mudah, semuanya berdasarkan prestasi,” katanya selepas menghadiri Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) Ke-19 di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, di sini, semalam.

Pada majlis itu, Dato' Seri Anwar mengumumkan pelarasan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus kepada kumpulan pelaksana, manakala tujuh peratus kepada pengurusan tertinggi.

Katanya, pelarasan itu akan dilaksanakan secara bertahap dengan fasa pertama bermula 1 Disember ini manakala fasa kedua pada Januari 2026 bagi mengelakkan inflasi dan kerana kekangan.
Sementara itu, Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, pelarasan gaji itu adalah penghargaan kerajaan terhadap sumbangan dan dedikasi penjawat awam dalam melaksanakan tugas.

Katanya, penjawat awam hari ini bersyukur dengan kenaikan gaji diumumkan Perdana Menteri pada perhimpunan MAPPA pagi semalam.

“Kenaikan gaji ini bukan sahaja membantu meningkatkan kesejahteraan hidup, malah memberi motivasi tambahan untuk terus berkhidmat dengan lebih baik dan efisyen.

“Dalam konteks yang sama, penjawat awam yang bekerja kuat dan menunjukkan prestasi cemerlang akan diberi peluang untuk dinaikkan pangkat sebagai pengiktirafan terhadap usaha dan dedikasi itu,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata, kenaikan pangkat ini bukan sahaja memberi penghargaan, tetapi juga membuka ruang untuk mereka memegang tanggungjawab yang lebih besar dan menyumbang lebih banyak kepada organisasi khususnya dan negara amnya.

“Justeru, penghargaan ini juga mencerminkan komitmen kerajaan dalam memastikan kebajikan penjawat awam sentiasa terjaga,” katanya.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Berita Harian.
 
May be an image of 1 person and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS