Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

ARTIKEL PILIHAN: PANDU SECARA MELULU DAN BERBAHAYA KESALAHAN TERTINGGI SEPANJANG DEEPAVALI - PENGARAH JSPT

Kuala Lumpur, 5 November 2024 - Memandu secara melulu dan berbahaya merupakan kesalahan tertinggi yang telah menyumbang kepada kebanyakan kes kemalangan maut sepanjang perayaan Deepavali lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Dato' Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri berkata, sebanyak 6,013 kes kemalangan dengan 60 kematian direkodkan sepanjang sambutan Deepavali selama empat hari bermula 31 Oktober lepas.

"JSPT telah melaksanakan 388 operasi di seluruh negara dan menahan 97 individu atas pelbagai kesalahan serta menyita 647 kenderaan.

"91 tangkapan telah dibuat membabitkan kesalahan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987, diikuti kesalahan mengikut Akta Dadah Berbahaya (3), Kanun Keseksaan (2) dan lain-lain (1)," katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan JSPT di sini hari ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut,

Sumber: BERNAMA

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS