Seremban, 5 November 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu lebih proaktif dalam menangani isu salah laku jenayah terutamanya melibatkan anggota dan pegawai polis tanpa menunggu tindakan daripada agensi lain, kata Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri
Ayob Khan Mydin Pitchay.
Beliau berkata tindakan pantas itu dapat memperkukuh profesionalisme serta
akauntabiliti dalam kalangan anggota yang merupakan elemen penting bagi memelihara imej dan kredibiliti PDRM sebagai institusi penguatkuasaan yang berintegriti tinggi.
"Setiap pegawai dan anggota polis perlu bersikap tegas dan jangan bertolak ansur dalam menangani isu membabitkan salah laku termasuk rasuah.
"Tiada istilah besar atau kecil, yang penting kita perlu bertindak dengan lebih proaktif, jangan tunggu (untuk mengambil tindakan), kalau boleh biarlah kita yang menjalankan siasatan daripada awal lagi, tidak perlu sehingga pihak lain yang bertindak sebelum kita," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Bacaan lanjut seperti di pautan berikut,