Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

ARTIKEL PILIHAN: POLIS KUALA LUMPUR KUTIP RM1.87 JUTA BAYARAN SAMAN DALAM DUA HARI - PENGARAH JSPT

Kuala Lumpur, 7 November 2024 - Lebih RM1.87 juta hasil bayaran saman berjaya dikutip daripada pesalah lalu lintas sempena tawaran diskaun 50 peratus ditawarkan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur dalam tempoh dua hari sejak Selasa lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Dato' Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri, berkata dalam tempoh berkenaan sebanyak 17,002 saman diselesaikan membabitkan keseluruhan kutipan RM1,878,620.

Katanya, sejumlah RM270,850 bayaran saman diselesaikan melalui bayaran tunai, e-bayaran (RM882,340), manakala bayaran menggunakan kupon 50 peratus mencatat kutipan RM725,430.

"Pada hari pertama (Selasa), sebanyak RM841,390 bayaran saman berjaya dikutip untuk bayaran 7,677 saman dan pada hari kedua semalam, jumlah kutipan saman meningkat kepada RM1.037 juta untuk bayaran 9,325 saman.

"Dianggarkan seramai 3,100 orang awam hadir ke kaunter saman yang disediakan di pejabat JSPT Kuala Lumpur dalam tempoh dua hari ini," katanya.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../polis-kuala-lumpur-kutip...


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS