Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: DIAM-DIAM BERISI PETINJU PDRM KOPERAL LIHEM APOLLO

Kuala Lumpur, 7 November 2024 - Bahang Kejohanan Grand Final Kuda Merah Muay Thai Challenge 2024 - ‘King of the Ring’ di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur minggu depan semakin dirasai.

Bagi petinju kelab Kuda Merah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Koperal Mohd Shalihem Mohamad mempunyai formula ampuh untuk menumbangkan lawan dari Thailand, Citi Chai dalam pertarungan yang dijadualkan pada 16 November ini.

Dia yang selesa merendah diri dan sudah bersedia sepenuhnya akan mengasah teknik tumbukan tepat dan “uppercut” dalam usaha melakar keputusan positif ketika di gelanggang.

“Saya akan berlatih dengan sepenuh tenaga dan fokus kepada latihan menahan pukulan lutut pihak lawan.

“Saya juga perlu bertahan dengan betul dan akan kaji kekuatan lawan.

“Saya gemar melepaskan tumbukan dan potongan bawah yang kuat untuk mendapatkan ‘knock out’," katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

May be an image of 3 people and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS