Kota Bharu, 7 November 2024 - Polis Diraja Malaysia Kontinjen Kelantan mengingatkan anak muda supaya tidak mengunjungi kelab malam di Golok, Thailand kerana dibimbangi minuman atau cecair vape yang disediakan bercampur dengan dadah.
Ketua Polis
Kelantan, CP Dato’ Hj. Mohd Yusoff Mamat berkata, sebarang kemungkinan boleh berlaku apabila mereka berada di lokasi sedemikian.
Pada masa sama, ia juga mendedahkan anak muda secara tidak langsung untuk terjebak dengan dadah, sedangkan sebelum ini mereka tidak terbabit dengan kegiatan itu.
“Kami bimbang dadah itu dimasukkan dalam minuman, makanan dan cecair vape mereka semasa berhibur di sana. la bertujuan untuk mereka lebih ‘high’ (khayal) ketika berhibur di kelab malam.
“Daripada anak-anak muda kita tidak terbabit dadah, kita risau mereka jadi penagih selepas dicampur dalam minuman semasa berhibur,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan
Harian Metro seperti di lampiran.