Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: LENA KITA KALA PASUKAN KESELAMATAN BERJAGA

Laporan muka depan Utusan Malaysia, Rabu lalu tentang sempadan negara yang mudah bolos di sempadan Malaysia-Thailand khususnya di Perlis menyedarkan kita akan kepentingan pasukan keselamatan yang mengawasi perbatasan.

Situasi itu berpunca daripada hampir keseluruhan pintu pagar keselamatan di kawasan tersebut uzur, berlubang dan rosak dikhuatiri memberi ancaman besar kepada keselamatan dan kedaulatan negara.

Keadaan itu membabitkan laluan keselamatan di sesetengah laluan di sepanjang 98.2 kilometer (KM) kawasan sempadan Perlis terutama dari Chuping, Padang Besar sehingga Pos Bukit Batu Putih, Kuala Perlis.

Sementara 45KM dari garisan sempadan tersebut pula tidak memiliki tembok atau pagar keselamatan susulan keadaan muka bumi berbukit bukau dan hutan tebal.

Pagar sempadan yang rosak itu juga menjadi antara punca meningkatnya aktiviti pembolosan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan penyeludupan barangan terlarang seperti dadah serta ketum di sempadan Malaysia-Thailand.

Apabila didedahkan oleh media, barulah rakyat sedar sebenarnya keberadaan Pasukan keselamatan negara baik anggota tentera dan polis sangat diperlukan. Apatah lagi bagi menjaga sempadan dan perbatasan negara.

Tugas mereka membolehkan kita rakyat secara umumnya dapat hidup dengan tenang, tidur lena pada waktu malam. Pendek kata tidak perlu bimbang rumah atau harta benda diceroboh penjenayah atau PATI yang mahu melakukan jenayah.

Ikuti kupasan lanjut oleh Pengarang Berita Utusan Malaysia, Encik Mohd. Radzi Mohd. Zin mengenai bagaimana pentingnya tugas pasukan keselamatan dalam mengawal perbatasan negara menerusi keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.

May be an image of 3 people, slow loris and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS