Kuala Lumpur, 8 November 2024 - Rekod Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan terdapat lebih 43.5 juta saman berdaftar membabitkan nilai RM6.5 bilion masih tertunggak dan belum dijelaskan sejak 1990 sehingga 6 November lalu, di seluruh negara.
Pengarah
Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, CP Dato' Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri berkata, jumlah saman tertunggak itu adalah 33 peratus daripada jumlah
keseluruhan saman berdaftar yang direkodkan untuk tempoh sama.
Katanya, secara keseluruhan rekod PDRM menunjukkan sepanjang tempoh dari 1990 hingga 6 November lalu, sebanyak 135,915,377 saman didaftarkan membabitkan nilai lebih RM20.38 bilion.
“Daripada jumlah itu, 67 peratus atau 92,317,493 saman berdaftar membabitkan nilai RM8.56 bilion sudah dijelaskan.
“Bagaimanapun, 33 peratus lagi atau 43,597,884 saman berdaftar belum dijelaskan membabitkan nilai RM6.53 bilion, ” katanya selepas melakukan lawatan pelaksanaan Program Tawaran Semakan dan Bayaran Saman Sehingga 50 peratus, di Balai Polis Trafik Tun H.S Lee, di sini semalam.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan
Berita Harian seperti di lampiran.