Kuching, 9 November 2024 - Dua ‘keldai dadah' mengaku menerima upah RM5,000 untuk membawa dadah dari Semenanjung, ketika ditahan ketika cuba membawa masuk dadah itu melalui Lapangan Terbang Miri.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, CP Dato Mancha Ata, operasi yang dilancarkan Rabu lalu membabitkan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak, selepas menerima maklumat bekalan dadah diseludup masuk ke Sarawak menerusi penerbangan dari Semenanjung.
Beliau berkata, semakan mendapati seorang suspek memiliki empat rekod jenayah lampau mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 379 Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 448 KK dan Seksyen 457 KK.
“Pemeriksaan lanjut menemui dadah seberat hampir 22 kilogram (kg) di dalam bagasi kedua-dua lelaki itu iaitu 10.83kg pil Eramin 5, 4.1kg pil Ekstasi dan 7kg Syabu.
“Ujian saringan awal mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis Methamphetamin, Amphetamine dan Benzo,” katanya.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan
Berita Harian seperti di lampiran.