Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

#WarAgainstDrugs KERATAN AKHBAR PILIHAN: RM64.8 JUTA DADAH DIRAMPAS DALAM TEMPOH 10 BULAN

c
Ketua Polis Kelantan, CP Dato’ Hj. Mohd Yusoff Mamat berkata, antara dadah dirampas seperti Heroin, Syabu, Ganja dan paling banyak dirampas adalah pil Yaba.

Katanya, kebanyakan bahan terlarang itu dibawa masuk dari negara jiran melalui pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok membabitkan daerah Pasir Mas, Jeli dan Tumpat.

“Pelbagai modus operandi digunakan penyeludup seperti membawa masuk dadah menggunakan kenderaan yang diubah suai melalui jalan sah, selain mengangkut menggunakan bot atau perahu di pangkalan haram.

“Selain itu, polis turut mengesan penyeludup membungkus dadah menggunakan kotak syarikat kurier bagi mengaburi mata pihak berkuasa selain menyembunyikanya di dalam guni, kotak atau plastik.

“Semua kes membabitkan rampasan dadah ini disiasat mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952 bagi kesalahan mengedar, memiliki dan menggunakan dadah,” katanya ketika dihubungi.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS