Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: ENAM HARIMAU MATI DILANGGAR SEJAK TAHUN LEPAS

Kuala Lumpur, 13 November 2024 - Enam harimau Malaya mati dilanggar termasuk dalam kejadian di Jalan Raya Timur-Barat Gerik, Perak pada 9 November lalu, menunjukkan peningkatan kes antara 2023 hingga 2024.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Tuan Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, ini menunjukkan habitat harimau terganggu sehingga haiwan liar itu terpaksa keluar dari habitat semula jadi.

“Lebih menyedihkan apabila beberapa bahagian harimau berkenaan termasuk taring, kuku dan kulit hilang disyaki dicuri.

“Tindakan ini satu kesalahan mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010.

“Akta ini dipinda pada 2022 bagi meningkatkan kadar hukuman dan penalti membabitkan kesalahan berkaitan hidupan liar,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Tuan Nik Nazmi berkata, hidupan liar dilindungi sepenuhnya seperti harimau atau mana-mana bahagian seperti gigi, tulang, kulit, lemak atau darah apabila disabitkan kesalahan boleh dihukum.

“Denda tidak kurang RM150,000 bagi setiap hidupan liar atau bahagian atau terbitan hidupan liar itu dan dipenjarakan tidak melebihi 15 tahun,” katanya.

Tuan Nik Nazmi berkata, dengan bilangan dianggarkan kurang 150 ekor, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam terus komited melindungi dan memulihara harimau bagi memastikan spesies ikonik yang menjadi simbol Jata Negara ini tidak pupus.

la selaras pelaksanaan sembilan tindakan strategik luar biasa bagi konservasi harimau Malaya yang dipersetujui Jemaah Menteri pada 21 Jun 2021.

“Komitmen tinggi kerajaan dizahirkan melalui penubuhan Pasukan Petugas Kebangsaan bagi Konservasi Harimau Malaya, pengukuhan rondaan penguatkuasaan dan pengawalan oleh Renjer Komuniti dan Operasi Bersepadu Khazanah, selain Biro Jenayah Hidupan Liar di bawah Polis Diraja Malaysia,” katanya.

Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of slow loris and text that says '6 harimau mati dilanggar sejak tahun lepas Lebih menyedihkan apabila NRES terus komited lindungi spesies ikonik tidak pupus kenaan PERHILITAN Nazmi langan dianggarkan nisatu bilangan komuniti meningkat daripada Abu Yamin essabuyamin@bh.com.my bagi dipinda simbol pada huku- (PERHILITAN) Lumpur: Enam Negara hadapan indakan strategik salahan dalam kenyataan, sembi- biasa Jalan Gerik pada aktiviti zahirkan antara hidupan tinggi cerajaan hingsa masyarakat Alam, Nazmi Nik berkata ini ditingkatkan lisa- Malaya haiwan RM150,000 bahagian ahun hadapan, kata- terganggu ከፀያኑ nelebihi สาโหม.' Diraja Malaysia (PDRM).' habitat buhan harimau melalui akreditasi Petugas Rawat (R&R) Sabtula Kebang- 'Jabatan Perlindungan Yusoff Shariff, berkata berkaitan Hidu- Aya лΗ-'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS