Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

[KERATAN AKHBAR PILIHAN] OBK: GENG PEMBURU HARAM DITAHAN ANGGOTA PGA

Temerloh, 13 November 2024 - Kegiatan enam lelaki yang disyaki terlibat dalam aktiviti pemburuan haram di Ladang Pongsoi di sini terbongkar selepas mereka ditahan oleh Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) dalam Op Bersepadu Khazanah (OBK) kelmarin.

Turut dirampas dalam operasi kira-kira pukul 11.30 malam itu ialah selaras senapang patah bersama 81 butir peluru yang disyaki digunakan untuk aktiviti memburu.

Komander Briged Tenggara PGA, SAC Dato' Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, dalam rondaan bersama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara, pihaknya mengesan sebuah trak pikap bersama seorang pemandu dan lima penumpang dalam keadaan mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat selaras senapang patah jenis 'Remington 879 Express Magnum' berserta 81 butir peluru hidup.

“Beberapa jenis peralatan lain untuk tujuan pemburuan haram turut ditemui dalam kenderaan tersebut tanpa dokumen pemilikan yang sah.

“Senapang dan peralatan memburu ini disyaki digunakan untuk pemburuan haram di sekitar kawasan Hutan Simpan Kemasul Temerloh," katanya di sini semalam.

Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.

May be an image of text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS