Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: PENGASUH PALING TINGGI DERA DI SELANGOR

Shah Alam, 14 November 2024 - Pengasuh dan penjaga menjadi pelaku jenayah tertinggi kes penderaan kanak-kanak di Selangor dalam tempoh 10 bulan pertama tahun ini.

Ketua Polis Selangor, CP Dato' Hussein Omar Khan berkata, statistik terbaharu pihaknya merekodkan sebanyak 387 kes rata-ratanya melibatkan mangsa berusia bawah 16 tahun.

Tegasnya, kesemua mangsa itu terdiri daripada 139 kanak-kanak berusia 0 hingga satu tahun, dua hingga lima tahun (96) dan bakinya berusia sehingga 18 tahun.

"Daripada jumlah itu, seramai 89 suspek melibatkan pengasuh atau penjaga selain golongan ibu bapa, guru, jiran dan murid.

“Pemerhatian mendapati punca kanak-kanak menjadi mangsa penderaan kerana kecuaian dan pengabaian oleh pengasuh sehingga menyebabkan kecederaan,"
 katanya selepas merasmikan Pusat Temuduga Kanak-Kanak Jabatan Siasatan Jenayah Selangor di Balai Polis Seksyen 11 di sini semalam.

Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS