Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: DUA SAHABAT TERIMA PENGHARGAAN POLIS SELAMATKAN LELAKI CUBA BUNUH DIRI

Temerloh, 15 November 2024 - Dua nelayan sungai dari Kampung Sungai Tekal, Kuala Krau nekad menyelamatkan seorang lelaki lemas dipercayai cuba membunuh diri walaupun terpaksa berdepan risiko tinggi semasa arus deras Sungai Pahang di sini pada Mei lalu.
Mengimbau peristiwa itu, Muhammad Akiff Sulaiman, 32, berkata, hampir kehabisan tenaga bergelut dengan mangsa lemas yang enggan diselamatkan.
Pengusaha sangkar patin ini berkata kejadian kira-kira pukul 4 petang itu berlaku depan matanya dan disaksikan sahabatnya, Muhammad Hakim Mazlan, 36, yang ketika itu sedang memancing.

“Sahabat saya pantas menuju ke arah mangsa menggunakan bot dinaiki bagi menariknya yang dilihat tenggelam timbul.
“Hakim sedang memancing di atas bot manakala saya berada atas tebing dekat dengan sangkar. Saya bergegas membantu walaupun air sungai deras boleh mengancam nyawa sendiri,” katanya ketika ditemui selepas menerima anugerah penghargaan daripada Ketua Polis Temerloh, ACP Mazlan Hassan di Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh di sini.

Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Utusan seperti di lampiran.
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS