Kuala Lumpur, 15 Januari 2025 - Tawaran rasuah sebanyak RM50,000 tidak mampu menggugat integriti seorang pegawai polis, Inspektor Mohd. Tarmizi Said, 40, yang disogok sindiket penyeludupan subsidi pada 2023.
Beliau yang ketika itu bertugas di Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Selangor berkata, kejadian berlaku semasa menjalankan operasi membanteras penyeludupan sebelum
ditawarkan rasuah oleh sindiket terbabit.
“Tiba-tiba didatangi seorang individu sebelum menawarkan RM50,000. Saya turut memberi amaran kepadanya tidak berbuat demikian tetapi dia tetap dengan tawaran itu (rasuah) menyebabkan saya akhirnya menahan dia.
“Tiada apa saya patut dibanggakan sebab ini tanggungjawab sebagai pegawai polis yang mana menjalankan tugas di lapangan dan hadapi dugaan seperti cubaan rasuah, tanggungjawab saya sebagai pegawai polis untuk membanteras perkara ini secara tak langsung menjaga nama baik PDRM,” katanya.
Inspektor Mohd. Tarmizi antara 200 pegawai dan anggota polis menerima sijil penghargaan dan anugerah kerana tindakan berani dan nilai budi pekerti tinggi oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (PULAPOL) KL, semalam.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.