Ampang, 17 Januari 2025 - Seorang lelaki warga Myanmar didenda RM7,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam, kerana mengaib dan menghina Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam aplikasi TikTok, tahun lalu.
Pekerja pusat mencuci kereta, Ramzan Ali Noor Din, 38, dikenakan hukuman selepas menukar pengakuan bersalah ketika prosiding serahan dokumen di hadapan Majistret Amalina Basirah Md Top.
Mahkamah memerintahkan tertuduh dipenjara selama enam bulan jika gagal membayar denda.
Pada 8 November tahun lalu, Ramzan Ali mengaku tidak bersalah atas pertuduhan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan perpecahan keamanan menerusi video di aplikasi sosial itu atas nama ‘theintheinzaw403'.