Marang, 19 Januari 2025 - Gara-gara mengganggu ketenteraman awam dengan membuat bising di jalanan, sekumpulan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) termasuk yang dikesan menconteng pakaian seragam ditahan polis.
Ketua
Polis Daerah Marang, Superintenden Mohd Sofian Redzuan berkata, pihaknya bertindak selepas menerima aduan daripada orang awam mengenai bunyi bising sehingga menimbulkan gangguan di
sekitar daerah ini pada Khamis lalu.
Menurutnya, seramai 58 pelajar berusia 17 tahun dan seorang berusia 15 tahun telah diperiksa dalam Operasi Samseng Jalanan dijalankan selama tiga jam bermula 12 tengah hari di sekitar daerah ini.
“Kesemua motosikal ini ditunggang calon SPM yang telah selesai menduduki kertas akhir peperiksaan bagi subjek diambil mereka pada hari berkenaan.
“Dalam operasi ini kita juga menyita 45 buah motosikal dan mengeluarkan 120 saman atas pelbagai kesalahan. Tindakan sita dilakukan di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya kepada Sinar Ahad.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan
Sinar Harian seperti di lampiran.