Klang, 7 Mei 2025 - Kegiatan licik sekumpulan empat sahabat yang mencuri kenderaan sejak hujung tahun lalu akhirnya tumpas apabila mereka diberkas polis dalam beberapa serbuan sekitar daerah ini bulan lalu.
Geng yang digelar Geng Along Jep itu terdiri daripada lelaki tempatan berusia 25 hingga 40 tahun dan mencuri kenderaan yang ditinggalkan dengan enjin dan kunci masih terpasang di tepi jalan.
Namun, kereta dan motosikal yang dicuri itu tidak dijual suspek malah digunakan sendiri dengan hanya menukar nombor plat.
Timbalan Ketua
Polis Selangor, DCP Mohd Zaini Abu Hassan berkata, empat suspek yang bekerja sendiri itu ditahan secara berasingan menerusi Operasi Lejang antara 10 hingga 30 April lalu.
“Siasatan mendapati kumpulan itu aktif mencuri kenderaan di sekitar Klang Selatan, Shah Alam, Kuala Selangor dan Klang Utara. Mereka menyasarkan kereta lama seperti Perodua Kancil, Proton Iswara dan Proton Iriz manakala motosikal pula seperti Honda EX5 serta Yamaha Y15.
“Kesemua suspek ditahan bersama 12 kenderaan masing-masing enam kereta dan motosikal termasuk satu rangka,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan, kelmarin.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan
Utusan Malaysia seperti di lampiran.