Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: TANGGUNGJAWAB BESAR PEMANDU KENDERAAN BERAT JAGA KESELAMATAN

Kuala Lumpur, 15 Mei 2025 - Pemandu kenderaan berat bukan sahaja perlu lebih berhati-hati malah memandu secara berhemah di jalan raya kerana kenderaan dipandu mereka mempunyai risiko tinggi terbabit dalam kemalangan.

Ketua Kumpulan Penyelidikan Pencegahan Kecederaan dan Promosi Keselamatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia, Profesor Dr. Kulanthayan KC Mani berkata, salah satu cara untuk mengurangkan risiko berlaku kemalangan adalah mengurangkan kelajuan sesebuah kenderaan itu.

“Apabila tambah kelajuan dengan keadaan muatan berat yang kita bawa pada kenderaan, keadaan akan menjadi lebih bahaya.

“Jadi, pemandu kenderaan berat mempunyai tanggungjawab cukup besar bukan sahaja untuk menjaga keselamatan diri, tetapi setiap tindakan dibuat turut berkait dengan orang lain yang berkongsi jalan pada waktu sama,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Profesor Dr. Kulanthayan berkata, pada masa sama syarikat lori terbabit mempunyai tanggungjawab untuk memastikan semua kenderaan milik mereka berada dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS