Johor Bahru, 21 Mei 2025 -
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Johor berjaya melumpuhkan 17 sindiket pengedaran dadah dengan menahan 45 ahli sindiket sepanjang tahun ini sehingga April lalu.
Ketua
Polis Johor, CP Datuk M. Kumar S. Muthuvelu berkata, turut dirampas pelbagai jenis dadah bernilai RM75.85 juta dengan nilai sitaan pelbagai aset berjumlah RM2.07 juta.
“Bagi tempoh Januari sehingga April lalu, JSJN turut mempamerkan prestasi cemerlang apabila membuat sebanyak 8,598 tangkapan atas pelbagai kesalahan dadah.
“Dalam tempoh yang sama juga, sejumlah 878.86 kilogram dan 3,643.77 liter dadah berjaya dirampas dalam beberapa siri serbuan dan operasi,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Mei 2025 Kontinjen Johor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini, semalam.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.