Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

#WarAgainstDrugs KERATAN AKHBAR PILIHAN: POLIS RAMPAS DADAH MDMA BERNILAI RM6.3 JUTA


Bukit Mertajam, 22 Mei 2025 - Polis berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah yang menyasarkan pusat hiburan di sekitar Pulau Pinang menerusi beberapa serbuan yang dilakukan di George Town, pada Selasa.

Dalam serbuan itu, polis merampas serbuk dadah jenis Methylenedioxy-Methamphetamine (MDMA) seberat 37 kilogram dengan nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM6.3 juta.
Ketua Polis Pulau Pinang, CP Datuk Hamzah Hj. Ahmad berkata, lima individu berusia antara 33 hingga 41 tahun ditahan dalam serbuan terbabit.

“Tangkapan ke atas suspek membawa kepada penemuan sebuah kereta yang diletakkan di kawasan parkir awam dan digunakan sebagai lokasi penyimpanan dadah.

“Sebanyak 700 bungkusan berisi serbuk dadah MDMA berjaya dirampas, dipercayai telah sedia untuk diedarkan ke pusat-pusat hiburan," katanya pada sidang akhbar, di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah pada Rabu.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

May be an image of 5 people and text

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS