Teluk Intan, 17 Mei 2025 - Siasatan terhadap pemilik syarikat lori yang terbabit nahas mengorbankan sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) pada Selasa lalu, sudah diserahkan kepada agensi yang berkaitan untuk dikenakan tindakan tegas.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Dr. Bakri Zainal Abidin, berkata siasatan terhadap syarikat terbabit dijalankan bersama Jabatan
Pengangkutan Jalan (JPJ), Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM).
Beliau berkata, siasatan pada peringkat awal menjurus kepada tiga aspek iaitu kecuaian manusia, isu teknikal dan persekitaran, di mana semua aspek itu sedang diperhalusi kerana ia membabitkan bidang kepakaran pihak berkenaan.
“Kita sudah memanggil pemilik syarikat lori itu pada Khamis untuk mendapatkan maklumat tambahan dalam siasatan yang dijalankan bersama JPJ, MIROS dan PUSPAKOM yang melihat dari sudut lain selain Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang dijalankan polis.
“Semua elemen yang boleh membantu siasatan termasuk penyelenggaraan dan sebagainya, diambil kira dan dimasukkan dalam siasatan,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan
Berita Harian seperti di lampiran.