Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

[KERATAN AKHBAR PILIHAN] OBK: PGA LUMPUHKAN TIGA KEGIATAN JENAYAH

Kuching, 23 Mei 2025 - Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak berjaya melumpuhkan tiga kegiatan jenayah menerusi siri operasi Ops Taring Alpha/Charlie dan Ops Bersepadu Khazanah (OBK) dengan jumlah rampasan dianggarkan bernilai RM6.82 juta.

Timbalan Komander PGA Briged Sarawak, Superintenden Rosdi Inai berkata, kejayaan pertama membabitkan rampasan rokok seludup, mercun dan senjata berbahaya.
Katanya, serbuan pada 21 Mei dilakukan ke atas sebuah kediaman di Sibu.

Rampasan termasuk 7,600 karton rokok putih, 6,788 karton rokok keretek, 435 kotak mercun, dua senjata api tiruan, sembilan senjata berbahaya serta sebuah kenderaan pacuan empat roda dengan nilai rampasan dianggarkan RM6,297,990.,” katanya menerusi satu kenyataan, semalam.

Tambahnya, kes disiasat di bawah pelbagai akta termasuk Akta Kastam 1967 dan Akta Senjata 1960.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Utusan Borneo Sarawak.


 


 
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS