Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: PGA PANTAU STESEN MINYAK SEMPADAN KELANTAN BENDUNG SELUDUP PETROL

Kota Bharu, 11 Mac 2026 - Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) akan melakukan rondaan berkala di semua stesen minyak di sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini bagi membendung penyeludupan petrol yang dijangka meningkat susulan krisis di Asia Barat ketika ini.

Komandernya, SAC Ahmad Radzi Hussin berkata, penugasan itu dilakukan oleh anggota berpakaian preman sekali gus mengelak kehadiran anggota PGA diketahui pihak sindiket.
Katanya, ia betujuan memastikan stesen-stesen minyak itu tidak menjual petrol bersubsidi kepada kenderaan asing tanpa kawalan termasuk penyeludup.

"Kita akui ada warga tempatan yang terlibat dengan penyeludupan dengan mengubah tangki asal pada kenderaan termasuk van dan lori.

"Kami PGA tidak menolak kemungkinan penyeludupan bahan bakar akan meningkat susulan krisis di Asia Barat melibatkan Amerika Syarikat-Israel dengan Iran", katanya kepada Utusan Malaysia di sini, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.

May be an image of text

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS