Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Siaran Media

[POSTING PILIHAN] OP KONTRABAN: POLIS TAHAN DUA LELAKI, RAMPAS ROKOK BERNILAI RM3.3 JUTA

Bentong, 22 November 2021 - Polis menahan dua lelaki dan merampas pelbagai jenis rokok tanpa cukai bernilai RM3.3 juta di 55.2 kilometer Lebuhraya Karak, di sini, pada Sabtu lalu.

Timbalan Ketua Polis Pahang, DCP Dato' Mohd Yusri Hj. Hassan Basri berkata, hasil maklumat awam, Pasukan Gerakan Khas, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam telah membuat pemantauan dan menahan sebuah lori muatan lima tan dipandu seorang lelaki berusia 43 tahun pada 4.20 pagi.

Beliau berkata, sejurus lori itu ditahan telah datang sebuah kereta jenis Toyota Corolla dipandu lelaki berusia 30 tahun memperkenalkan diri sebagai rakan pemandu lori itu.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong di sini, hari ini yang turut dihadiri Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar.

Katanya, kedua-dua lelaki itu direman empat hari bermula 20 November 2021 mengikut Seksyen 135 (1)(D) Akta Kastam 1967.
Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...

Sumber: POLIS Bentong dan BERNAMA

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS