Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Program Turun Padang Ksn

Diterbitkan: 12 Jun 2014 2.37 AM Dikemas kini: 16 Nov 2026 6.03 AM
Kuala Lumpur - 20 Julai 2012, PDRM hari ini berbesar hati menerima sebuah kunjungan daripada Ketua Setiausaha Negara yang bermula daripada Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dan seterusnya ke Balai Polis Tu..
Imej halaman
Rujukan dalam talian
https://www.rmp.gov.my/content/program-turun-padang-ksn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Kod QR halaman
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 17/11/2026 04:47 MYT

Kuala Lumpur - 20 Julai 2012, PDRM berbesar hati menerima sebuah kunjungan daripada Y.Bhg Dato' Sri Ali Bin Hamsa,Ketua Setiausaha Negara  yang bermula di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dan seterusnya ke Balai Polis Tun H.S . Lee, hari ini.
 
Program turun padang ini dilihat sebagai salah satu langkah yang proaktif untuk melihat dengan lebih jelas tugas hakiki PDRM sebagai sebuah pasukan keselamatan terbesar di negara ini.

Y.Bhg Dato' Sri Ali Bin Hamsa,Ketua Setiausaha Negara dibawa ke setiap bahagian balai dan bersuai mesra bersama anggota dan para pegawai PDRM disamping saling bertukar pandangan dalam menjadikan PDRM lebih mantap dalam menangani jenayah masakini.

Turut Hadir dalam program tersebut ialah YDH IG Tan Sri Dato Sri Hj Ismail Bin Hj Omar, Ketua Polis Negara, YDH DIG Tan Sri Dato' Sri Khalid Bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara, Y.Bhg Datuk Farida Binti Mohd Ali, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatran Awam,  Pengarah-pengarah Jabatan PDRM dan Pegawai-pegawai Kanan PDRM.

Imej kandungan
Y.Bhg Datuk Farida Binti Mohd Ali, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam menandatangani buku pelawat.

Imej kandungan
Y.Bhg Dato' Sri Ali Bin Hamsa,Ketua Setiausaha Negara menandatangani buku pelawat.

Imej kandungan
Bergambar kenangan di hadapan Menara Satu Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Imej kandungan
Imej kandungan
Imej kandungan
Imej kandungan
Imej kandungan
Imej kandungan
Imej kandungan
Imej kandungan
Sesi lawatan ke setiap bahagian di Balai Trafik Tun.H.S.Lee.

Imej kandungan
Y.Bhg Dato' Sri Ali Bin Hamsa,Ketua Setiausaha Negara menandatangani buku pelawat di Balai Polis Trafik Tun H.S.Lee.

Wartawan : Konst. Muhammad Iqtar Bin Azmi
Jurufoto : Konst. Muhammad Iqtar Bin Azmi & L/Kpl. Santher Kumar A/L Sehgar. 

ArtikelDiterbitkan 12 Jun 2014 2.37 AMDikemas kini 16 Nov 2026 6.03 AM