NATIONAL FORENSIC SCIENCE SYMPOSIUM FOR LAW ENFORCEMENT (NAFSLE)
NAFSLE dianjurkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), PDRM sebagai platform perkongsian kepakaran, teknologi dan perkembangan terkini dalam bidang sains forensik.
NAFSLE merupakan program anjuran Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menjadi platform menghimpunkan pakar forensik, pegawai penyiasat, ahli akademik, pengamal undang-undang serta agensi penguatkuasaan bagi berkongsi kepakaran, perkembangan teknologi dan kaedah terkini dalam bidang sains forensik.
Untuk rekod penganjuran:
2019 – NAFSLE pertama
2021 – NAFSLE ke-2
2022 – NAFSLE ke-3
2023 – NAFSLE ke-4
2024 – NAFSLE ke-5
2025 – NAFSLE ke-6
Butiran Program
Objektif
o Memperkasa bidang sains forensik
dalam menyokong siasatan dan penguatkuasaan undang-undang yang lebih berkesan.
o Menjadi platform perkongsian ilmu
dan kepakaran antara agensi penguatkuasaan,
pakar forensik, ahli akademik serta pengamal bidang berkaitan.
o Meningkatkan pengetahuan dan
kompetensi pegawai penguat kuasa mengenai
perkembangan, teknologi dan kaedah terkini dalam sains forensik.
o Memperkukuh kerjasama strategik
antara agensi kerajaan, institusi akademik dan rakan strategik dalam bidang
forensik.
o Menggalakkan penggunaan teknologi
dan inovasi termasuk Kecerdasan Buatan (AI) bagi
meningkatkan ketepatan, kecekapan dan keberkesanan analisis serta siasatan
forensik.
Memperkasa sains forensik melalui perkongsian kepakaran, peningkatan kompetensi, kerjasama strategik serta penerapan teknologi dan AI bagi penyiasatan lebih berkesan.