Scam Alert
.....................................................................................................................................................................................................................................................
#BeSmartStayAlert #LetsFightScammerTogether ARTIKEL PILIHAN: JENAYAH KOMERSIL, KERUGIAN HARIAN CECAH RM7.9 JUTA
Kuala Lumpur, 31 Disember 2024 - Purata nilai kerugian membabitkan jenayah komersil bagi satu hari adalah sebanyak RM7.9 juta.
Ia berdasarkan rekod sehingga 15 Disember lalu yang mencatatkan sejumlah 30,724 kes. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, jumlah kes ini turut bersamaan dengan purata 88 kes sehari.
"Secara perbandingan, jumlah kes yang direkodkan setakat ini menurun tiga peratus berbanding tempoh sama tahun lalu yang mencatatkan sejumlah 31,588 kes.
"Nilai kerugian bagaimanapun menunjukkan trend berbeza dengan peningkatan sebanyak 44 peratus berbanding tahun lalu yang hanya mencatatkan nilai kerugian sebanyak RM1.9 juta," katanya kepada Harian Metro.
Bacaan lanjut menerusi pautan seperti berikut,