Info Balai PDRM

DOWN MEMORY LANE

Terima kasih Saudara Ruban Gopalkrishnan atas perkongsian gambar-gambar lama bapa beliau, Mendiang Koperal Gopalkrishnan Moorthy yang pernah berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama 36 tahun.

Mendiang menyertai PDRM pada 11 Julai 1981 dan ditempatkan di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang, Selangor selepas tamat menjalani latihan kepolisan.

Sebagai seorang anak polis, Saudara Ruben sangat mengagumi keperibadian bapanya yang berani, tanpa sedikitpun menghiraukan keselamatan diri apabila ditugaskan dalam sesuatu operasi cegah jenayah.

Ujar beliau, mendiang pernah berjaya mematahkan beberapa cubaan samun sehingga dianugerah Surat Kepujian oleh Ketua Polis Daerah Klang atas kecemerlangan tugas yang dipamerkan.

Mendiang Koperal Gopalkrishnan meninggal dunia di usia 55 tahun pada tahun 2017 akibat sakit jantung.

Salam takziah buat ahli keluarga Mendiang Koperal Gopalkrishnan Moorty. Pastinya jasa dan pengorbanan mendiang dalam menjalankan tanggungjawab serta amanah dalam menjaga keselamatan negara akan dikenang buat selama-lamanya.

Jika anda memiliki koleksi gambar-gambar lama berkaitan polis yang menarik dan ingin kongsikan bersama rakan-rakan netizen yang lain, boleh hantarkan kepada kami melalui emel official.pdrmsia@gmail.com.

Sertakan bersama tarikh/tahun gambar diambil, siapa dalam gambar tersebut dan sedikit penceritaan bagi peristiwa/majlis/kejadian yang dirakamkan.

#DownMemoryLane
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
 
 
 
 

Image may contain: 2 people

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS