#jomBeringat
.....................................................................................................................................................................................................................................................

#JomBeringat

PIALA MALAYSIA: PATUHI ENAM NASIHAT DARIPADA PDRM

Kurang beberapa jam sahaja lagi perlawanan hebat bagi merebut Piala Malaysia akan berlangsung antara pasukan bola sepak Kedah menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

Seramai 1,560 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan ditugaskan bagi memastikan kelancaran dan keselamatan perlawanan pada tahap yang optimum.

Oleh itu, orang ramai yang akan hadir ke stadium bagi menyokong pasukan kegemaran masing-masing dinasihatkan agar:

1. Tiba awal di stadium terutama bagi anda yang membawa kenderaan persendirian. Bagi kelancaran lalu lintas, penonton disaran menggunakan pengangkutan awam untuk ke lokasi.

2. Letakkan kenderaan pada lot parkir yang disediakan. Sebanyak 3,394 lot parkir telah diperuntukkan di sekitar kawasan berhampiran stadium. Tindakan saman dan tunda akan diambil kepada mana-mana kenderaan yang menghalang lalu lintas.

3. Tidak membawa bahan terlarang seperti mercun, bunga api, laser, suar, topi keledar, mancis, pemetik api, sebarang objek tajam, minuman keras, payung, tongkat dan botol.

4. Tidak menerbangkan dron peribadi di dalam kawasan stadium. Kebarangkalian dron anda bakal ditembak oleh Unit Dron, Pasukan Gerakan Udara PDRM adalah tinggi.

5. Saksikan perlawanan secara matang dan penuh semangat kesukanan. Jangan cemarinya dengan tindakan atau provokosi yang tidak mendatangkan faedah kepada mana-mana pihak.

6. Patuhi arahan semasa yang dikeluarkan oleh pihak polis bagi memastikan keseluruhan perlawanan berlangsung dengan penuh harmoni. Tunjukkan kepada dunia bahawa penyokong bola sepak Malaysia adalah yang terbaik!

Dikesempatan ini, seluruh warga PDRM ingin mengucapkan Selamat Maju Jaya buat kedua-dua pasukan yang akan berentap pada malam ini. May the best team wins! 💪⚽



PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS