Pic Of The Day

PIC OF THE DAY

Adik Heng Yu Han, 8 tahun (gambar diambil pada 2018 ketika dia berusia 6 tahun) bercita-cita menjadi seorang pegawai polis apabila dewasa kelak bagi mengikut jejak langkah datuk dan neneknya, ACP (B) Tuan Heng Hing Peng, 68, dan ACP (B) Puan Gan Choon Hong, 64 tahun.

Selain itu, kedua-dua datuk saudara adik Heng iaitu DSP (B) Tuan Gan Kim Chon, 73 tahun dan ACP (B) Gan Tack Guan, 61, juga pernah berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia.

Lebih menarik lagi, ibu dan bapa saudaranya juga menceburi bidang penuh mencabar ini, bagi menggalas tanggungjawab menjaga keselamatan serta keamanan negara.

Syabas adik Heng, atas semangat yang ditunjukkan. Semoga cita-cita adik untuk meneruskan legasi keluarga di bawah naungan Sang Saka Biru akan tercapai suatu hari nanti.

#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#15032020


Image may contain: 6 people, people sitting
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS