Cheras
- 10 Julai 2009. Majlis Penutup Kursus Kawalan Keselamatan Lapangan
Terbang Siri 1/2009 telah disempurnakan oleh YDH DCP Dato' Salleh bin
Mat Rasid, Timbalan Pengarah ( PGA/Pengurusan/ Sempadan/Keselamatan
Lapangan Terbang) Jabatan KDN/KA pada pagi ini di Kompleks Lapang Sasar,
Briged Tengah PGA, Cheras.
Hadir
sama di majlis penutup kursus ini ialah Komander Briged Tengah PGA, YDH
SAC II Dato' Rosli bin Mohd Nizam, YDH Timbalan Komander Briged Tengah
PGA YDH ACP Azizan bin Abu Taat, Pegawai Memerintah BN Khas KLIA, SUPT.
Hapka bin Hj Mohd Said, Pegawai Memerintah BN 19 PGA, YDH SUPT. Amir
hassan bin Bistamam serta Pegawai-pegawai Kanan PDRM
Kursus
Kawalan Keselamatan Lapangan Terbang Siri 1/2009 ini merupakan latihan
sulung yang disediakan khas untuk pegawai dan anggota PGA yang
melaksanakan tugas kawalan keselamatan lapangan terbang sebagai
persediaan awal memantapkan lagi komitmen PDRM ke arah memberikan
khidmat mengawal dan menentukan pintu utama negara selamat.
Kursus
ini telah bermula pada 22 Jun 2009 sehingga 10 Julai 2009 yang terdiri
daripada seorang pegawai dan 37 anggota lelaki dan 5 anggota wanita, di
bawah tunjuk ajar jurulatih-jurulatih Latihan Peperangan Khas 69
Komando yang diketuai oleh P/ASP Saiful Azmi bin Omar.
Melalui kursus ini, peserta-peserta telah didedahkan dengan teknik-teknik latihan seperti :-
* Latihan Pengendalian Senjatapi menggunakan SMG dan pistol Semi Auto seperti Walter P.99, Bretha P.99 A3 dan HK MP5 A3
* Latihan Taktikal Shooting ( Close Quarter Shooting )
* Kawat Tempur Bilik
* Peningkatan Kekuatan Fizikal
Selain
itu juga, peserta juga dilatih membuat penilaian situasi ketika berlaku
kejadian, diterapkan semangat kerjasama dalam kumpulan bagi tujuan
menyediakan satu pasukan yang cekap dan berkeyakinan bagi menghadapi
kemungkinan semasa melaksanakan tugas.
Jabatan
KDN/KA Bukit Aman juga telah merangka satu program supaya latihan ini
juga akan diberikan kepada semua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang
melaksanakan tugas kawalan keselamatan Lapangan Terbang diseluruh negara
melalui latihan berpusat. Bagi peringkat awal, sebanyak 5 Lapangan
Terbang Antarabangsa telah ditempatkan dengan anggota PGA iaitu :-
- LTAB KLIA, Sepang Selangor
- LTAB Kota Kinabalu, Sabah
- LTAB Kuching, Sarawak
- LTAB Bayan Lepas, Pulau Pinang
- LTAB Langkawi, Kedah
PDRM
juga akan meluaskan lagi peranan PGA untuk meningkatkan lagi kawalan
keselamatan di seluruh lapangan terbang di Malaysia. Pelaksanaan tugas
kawalan keselamatan ini meliputi tanggungjawab mendominasi kawasan
'Landside' dengan melaksanakn tugas-tugas :-
- Kawalan Keselamatan bangunan terminal
- Melaksanakan kawalan keseluruhan parameter 'Landside' di LTAB
- Ronda Cegah Jenayah dan Ronda Cegah 'MANPADS'
- Pembolosan, penyeludupan manusia, senjatapi dan dadah
- Tugas 'Screening' Individu dan kenderaan bagi mengekang tindakan khianat/ pencerobohan
- Pos Pemerhati
- Kawalaan dan menentukan keselamatan sasaran utama
Di
majlis ini juga, tetamu jemputan telah dipertontonkan demo kemahiran
peserta-peserta kursus dalam pengendalian pelbagai senjatapi
Siap sedia menunggu ketibaan YDH DCP Dato' Salleh bin Mat Rasid
Nyanyian lagu 'Negara Ku'
Close Quarter Shooting merupakan kemahiran asas, demo dalam kedudukan berjalan
Berjalan dan berpusing serta melepaskan tembakan dalam jarak 7 meter menggunakan senjata HK MP5
Insp Mohd faizulazual bin Ab'llah menerima sijil dari YDH DCP Dato' Salleh bin Mat Rasid
Kons/W Norhasyimah bt Abd Razak menerima sijil dari YDH DCP Dato' Salleh bin Mat Rasid
Barisan Jurulatih dari 69 Komando
Gembira satelah tamat kursus yang bermula dari 22 Jun 2009 hingga 10 Julai 2009
YDH DCP Dato' Salleh bin Mat Rasid bergambar kenangan bersama para peserta kursus