Menu

'Walkabout' dan 'Meet and Greet' IPD Seberang Perai Utara

Seberang Perai Utara - 17 Mac 2012. Penduduk di Seberang Perai Utara berpeluang untuk beramal mesra dengan YDH DCP Dato' Zubaidah bt Md Ismail, Timbalan Pengarah 1 Jabatan Logistik, juga Pegawai Kanan Polis Wanita Tertinggi dalam PDRM, yang mengetuai rombongan dari Bukit Aman untuk bersama masyarakat Seberang Perai Utara di Pasar Aneka, Taman Selat, Seberang Perai Utara yang juga dikenali sebagai Rope Walk pada pagi ini.

Ketibaan beliau di sambut oleh YDH ACP Zulkifli bin Hj Alias, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, YDH ACP Mohd Nasir bin Salleh, Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Pulau Pinang, Ketua-ketua Polis Daerah Pulau Pinang, Ketua-ketua Bahagian serta Pegawai-pegawai Kanan Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara.

Turut hadir mengiringi rombongan YDH Dato' Zubaidah ialah YDH SAC Mat Kassim bin Karim, Ketua Penolong Pengarah (Teknologi Maklumat), Superintendan Azizee bin Ismail, Supt. Bangunan Jabatan Logistik dan Insp Ahmad Suhaimi bin Budin, Inspektor Pentadbiran Pengurusan Jabatan Logistik.

Program High Profile Policing ini bertepatan kerana Seberang Perai Utara adalah satu pusat komersil yang menempatkan bank-bank dan lebih daripada 300 buah kedai dan gerai yang menjual barangan tempatan, malahan 'Rope Walk' ini juga telah dijadikan salah satu tempat untuk pelancong luar mencari pelbagai barangan menarik oleh Kementerian Pelancongan. 

High Profile Policing juga adalah salah satu langkah untuk memantapkan sistem penyampaian perkhidmatan PDRM bagi meningkatkan lagi keyakinan masyarakat terhadap Polis Diraja Malaysia. Bagi tujuan tersebut, Pucuk Pimpinan Tertinggi PDRM akan turut serta bersama-sama turun padang utnuk menemui masyarakat supaya interaksi bersemuka secara konstruktif antara polis dan masyarakat tercapai dan perhubungan polis dan masyarakat dapat didekatkan.


Sekitar High Profile Policing Pasar Aneka Taman Selat Butterworth



































Sekitar Sesi Dialog dan Perjumpaan Bersama Komuniti Pasar Aneka
















Sekitar lawatan di gerai pameran























Sidang Media oleh Berita Harian dan RTM

Sekitar High Profile Policing di Terminal Bas dan Jeti Feri Butterworth



























YDH Dato' Wira Ayub bin Hj. Yaakob, Ketua Polis Pulau Pinang menyampaikan cenderahati kepada YDH Dato' Zubaidah di R&R Bagan Ajam


YDH Ketua Polis Pulau Pinang turut menyampaikan cenderahati kepada SAC Mat Kassim.



Wartawan : Sjn Zaiddin Dahalan
Jurufoto   : Sjn Zaiddin Dahalan & L/Kpl Mohd Shareel Shahriman
Penyunting : DSP Lai Lee Ching




PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS