Menu

Implementasi Penumpuan Pada Masyarakat

Kajang - 15 Mac 2012. "Pucuk pimpinan prihatin dalam NKRA dan kawasan-kawasan 'Hot Spot'," ujar YDH SAC Dato' Mohd Zulyadaen Bin Hj. Ismail, Timbalan Pengarah II JSJN yang membuat lawatan 'High Profile Policing' di sekitar Bandar Kajang pagi tadi.

Selaras dengan kualiti Penumpuan Pada Masyarakat (People Oriented) yang menjadi salah satu daripada tunjang 4P Polis Diraja Malaysia (PDRM), beliau bersama-sama dengan YDH ACP AB. Rashid Bin Hj. AB. Wahab, Ketua Polis Daerah Kajang, Ketua-ketua Bahagian IPD Kajang, Ketua-ketua Polis Balai Daerah Kajang dan Pegawai-pegawai Kanan PDRM serta anggota RELA, Jabatan Pertahanan Awam (JPA) dan Majlis Perbandaran Kajang yang turut sama melakukan lawatan dan sesi bersama masyarakat dalam program hari ini.

Sesi lawatan menyaksikan interaksi dua hala PDRM dengan peniaga-peniaga serta orang ramai di samping penyampaian risalah Pencegahan Jenayah dan cenderahati kepada masyarakat setempat.


YDH SAC Dato' Mohd Zulyadaen Bin Hj. Ismail disambut oleh ACP AB. Rashid Bin Hj. AB. Wahab dan Ketua-ketua Bahagian IPD Kajang.


Diperkenalkan kepada Ketua-ketua Polis Balai Daerah Kajang


Sarjan Mejar Segeran melapor diri untuk tugasan bit.


Anggota-anggota tugas bit yang terdiri daripada tiga kumpulan.


Mencatit maklumat semasa taklimat diberikan.


Sekitar program 'Walkabout'


Menyampaikan risalah Pencegahan Jenayah kepada seorang peniaga.


Menyampaikan risalah Pencegahan Jenayah kepada seorang peniaga.


Beramah mesra dengan seorang peniaga kedai emas.


Menyampaikan risalah Pencegahan Jenayah kepada seorang peniaga.


Beramah mesra bersama orang awam.


Beramah mesra dengan seorang peniaga kedai emas.


YDH SAC Dato' Mohd Zulyadaen Bin Hj. Ismail turut menyampaikan risalah kepada orang awam.

Sekitar Program Walkabout








Wartawan & Jurufoto : L/Kpl Mohd Shareel bin Shahriman
Penyunting : Sjn Zaiddin bin Dahalan
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS