Menu

Khidmat Polis Tanpa Batasan Bangsa Dan Keadaan

Sandakan - 28 Feb 2012

Tidak disangka-sangka, sebuah panggilan kecemasan yang diterima Rabu lepas oleh Pihak Polis Marin Sandakan rupa-rupanya dibuat daripada sepasang suami isteri pelancong asing dari negara Turki.

Menurut Polis Marin Sandakan, Sabah, setelah menerima panggilan yang datang daripada sebuah kapal layar, sepasukan polis Marin telah berkejar ke lokasi tersebut. Didapati isteri pasangan pelancong tersebut telah mengalami komplikasi buah pinggang sewaktu mereka sedang menikmati pelayaran di sekitar perairan Sandakan, Sabah.

Tindakan pantas Polis Marin Sandakan telah membawa mangsa ke pangkalan terdekat serta menghubungi pihak hospital untuk menerima rawatan lanjut.



Bot jenis Water Cat yang tidak mempunyai kemudahan untuk menyelamat yang terpaksa digunakan Polis Marin Sandakan


Mangsa tiba di pangkalan


Mangsa dikejarkan ke Hospital Sandakan menggunakan ambulan

Sumber : Polis Marin Sandakan, Sabah
Penyunting : L/Kpl Edwind Indo

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS