Bukit Aman - 9 Mac 2012
Dalam
kesibukan jadual tugas hakiki dan isu-isu semasa negara tidak menjadi
penghalang bagi YDH IGP Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis
Negara untuk meluangkan masa bersama Delegasi Perkumpulan Perempuan (WI)
Cawangan Sri Aman, Kulim, Kedah dalam satu Program Kunjungan Mesra Ke
Muzium Polis Diraja Malaysia, Kuala Lumpur.
"Saya
merasa amat berbesar hati dan mengalu-alukan kehadiran delegasi
daripada Sri Aman, Kulim. Saya berharap hubungan silatulrahim antara
kita akan terus berkekalan", ujar YDH Ketua Polis Negara dalam ucapan
ringkas, pagi ini.
Turut
mengiringi sepanjang lawatan beliau adalah YDH Supt. Syed Zainal Abidin
bin Syed Zin, Kurator Muzium PDRM. Dalam lawatan itu, delegasi telah
dibawa melawat tempat yang menarik di dalam galeri pameran,
antaranya adalah tayangan video sejarah awal penubuhan pasukan polis,
koleksi pakaian lama pasukan polis, koleksi senjatapi dan senjata
berjadual yang telah dirampas semasa darurat, koleksi barang-barang
kelengkapan tentera Jepun, koleksi pingat-pingat anugerah, tokoh-tokoh
anggota polis dan ruangan lipatan sejarah Balai Polis Kepong.
YDH IGP Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara tiba di Muzium PDRM
YDH Ketua Polis Negara beramah-mesra dengan delegasi
Bergambar kenangan..
Anggota-anggota Balai Muzium PDRM memberi tanda hormat ketibaan YDH Ketua Polis Negara
Majlis dimulakan dengan bacaan doa
Salah seorang peserta delegasi mempersembahkan lagu 'Perwira'
YDH Ketua Polis Negara menghadiahkan sekuntum ros kepada Subainah..
Sepatah dua kata daripada YDH Ketua Polis Negara
YDH Ketua Polis Negara turut mempersembahkan sebuah lagu menghiburkan delegasi
Penyampaian Cenderahati kenangan
Wartawan/Jurufoto : L/Kpl Edwind Indo